Syeikh Mutawalli Sya'rawi dilahirkan pada 15 April 1911/12 Rabiulakhir 1328H di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqaliyyah, Mesir. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Mutawalli Sya’rawi Husaini yang nasab keturunan ayahnya sampai kepada Husain bin Ali radhiyallahu 'anhuma. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia.
Syeikh Sya'rawi tamat menghafal al-Quran ketika berusia 11 tahun. Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah). Sebuah peristiwa penting dalam hidupnya yang berubah segala-galanya tatkala keinginan ayahnya untuk meminta beliau melanjutkan pelajaran ke al-Azhar di Cairo sedangkan beliau hanya ingin tinggal bersama-sama saudaranya di kampung dan menjadi petani. Namun keinginan beliau untuk menjadi petani menjadikannya membuat berbagai alas an agar tidak masuk ke Al-Azhar. Berbagai usaha untuk menggagalkan dirinya agar tidak diterima di Al Azhar namun usaha tersebut tidak berhasil, karena Al Azhar memang terbuka untuk umum.
Pendidikan di Al Azhar Inilah yang merubah hidupnya untuk mendalami ilmu dan membaca kitab-kitab mu’tabar. Beliau telah memasuki Beliau telah memasuki Fakultas Bahasa Arab pada tahun 1937 dan beliau aktif dalam organisasi pelajar di Al-Azhar. Syaikh Sya’rawi menamatkan pendidikan S1 pada tahun 1941 dan melanjutkan ke S2 takhasshus Bahasa Arab dan berhasil pada tahun 1943. Beliau pernah menjadi dosen di beberapa perguruan tinggi dalam Mesir dan juga di luar negeri seperti di Ummul Qura dsb.
Pada tahun 1963, ketika terjadi krisis antara Jamal Abdun Nasir. Presiden Mesir dengan Raja Saud, maka Jamal melarang beliau untuk ke Arab Saudi dan melantik beliau menjadi Penasehat di Al-Azhar. Kemudian beliau bertugas di Algeria sebagai Wakil al-Azhar dan menetap di sana selama tujuh tahun. sepulangnya beliau pulang ke Mesir, beliau dilantik menjadi Pengarah Kementerian Wakaf provinsi Gharbiyyah kemudian menjadi wakil bagian Dakwah dan Pemikiran dan kemudian menjadi wakil Al-Azhar. Selepas itu, beliau pergi ke Arab Saudi untuk mengajar di Universitas Raja Abdul Aziz. Ahmad Bahjat menggambarkan Syeikh al-Sya’rawi seorang ahli tafsir yang dapat menafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan uslub yang mudah difahami oleh orang umum.
sumber: usratuna.web.id
Ada tiga buah program multimedia-interaktif yang mengompilasi koleksi ceramah Syeikh al-Sya'rawi yang telah disusun dalam indeks yang rapi yaitu:
1. Tafsir al-Quran
2. Sirah Nabawiyah
3. Qashash al-Anbiya (Kisah Para Nabi)
Masing-masing termuat dalam satu keping DVD yang bisa dipesan disini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar